ordinary me
Image hosted by Photobucket.com
By: mohsein shariff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Nov-2006 18:01 Email | Share | Bookmark
Syawal yang menjelma 2

joy of 'duit raya'
playin' host
hectic crowd
the guest of honour
 
adik2 manja
favourite stall
simply yummy.
funky burrpp..
kemeriahan Syawal masih lagi terasa
walaupun lebih dua minggu ianya bermula
merdu lagu aidilfitri masih mengisi pilihan tetuang udara
dan anak muda masih bergembira bersahut sahutan dalam suasana berhari raya
syahdu dan pilu mengenangkan yang pergi bersilih ganti tandanya hati telahpun redha
buat yg pergi selamanya, hanya sekirim doa
buat yang pergi sementara
ibubapa di desa tersenyum gembira
dapat bertemu anakcucu bersua muka, bangga! ceria!
inilah yang dikatakan nikmat kurniaan tuhan rab-bi;
kemakmuran dan kesejahteraan pertiwi tercinta
ku menadah tangan tanda bersyukur;
semoga Syawal menjelma lagi membawa sejuta harapan dan seribu makna...


leman... si penunggu setia

tiap kali syawal menjelma
pasti dia muncul akhirnya
datangnya bukan menjaja meminta
mengerah keringat kuat bekerja
buat sesuap nasi dan setahil gula
namun dia tetap gembira

syawal ini masih demikian rupa
penunggu setia hingga penghujung acara
sarap dibersih di seluruh meja
bertemankan penyapu sebatang kara
sedikitpun tak hindar buruknya cuaca
namun dia tetap gembira

syawal ini dia lebih ceria
kerna ayahku mengotakan janji setia
hadiahkan untuknya si basikal tua; sebagai teman berguna di hari muka
dan ku bersyukur pada yang Esa atas rahmatNya
walaupun hanya pedati tua buat penyambung nyawa
namun dia tetap tersenyum gembira



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net